Puan Enson Binti Din
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Beliau yang sangat berpengalaman dan kompeten dalam tugas dan tanggungjawab beliau. 'A very confident lady' kata setengah peserta.
Telah memberi taklimat yang sangat padat dan mantap. Satu perkara yang sangat patut diberi perhatian di sini untuk diterjemah kepada aspek keselamatan kampus ialah "menyediakan suasana yang kondusif di IPT".
Is memberi maksud yang sangat luas dan boleh diterjemah oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab di kampus. Pihak keselamatan di kampus juga mesti menterjemah hasrat KPM di ruang atau skop mereka juga.
Beliau telah utarakan isu pelajar asing yang ramai dan akan bertambah menjelang 2020. Kemasukan mereka adalah bersama isu-isu yang tidak dapat dielakkan dan mesti dibendung, dikawal dan diatasi dengan bijak. Semua ini memerlukan perancangan yang komprehensif serta gabungan data dan maklumat di antara IPT.
Encik Akhrun bin Musa
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan›Seksyen Akidah, JAKIM
Beliau mencadangkan pihak kampus bergabung tenaga menubuhkan JK yang terdiri dari pakar pakar yang sedia ada untuk membantu HEP, keselamatan, kaunselor dan semua yang terlibat. Isu ini tidak boleh ditangani di peringkat keselamatan sahaja.
Perlu ada mekanisma perhubungan dengan JAKIM untuk aspek ini. Perlu kaji semula aspek perundangan, peraturan dan polisi kampus. isu ektremisma di dalam kampus bukan setakat ajaran songsang dan syiah sahaja. Ia mesti dilihat dari aspek keselamatan jangka panjang, dan kerjasama dalam mekanisma yang utuh dengan pelbagai pihak berkuasa.
Hari ini KDN telah menggunakan pegawai dan staf keagamaan PDRM bersama JAKIM untuk memberi fokus secara bersama dalam isu ini. Pendekatan ini tidak mustahil dilanjutkan kepada IPT dengan organisasi lain. Semua orang tahu masalah kekurangan kakitangan kerajaan, tetapi pada masa yang sama terdapat ramai pakar di IPT.
Kerjasama semua pihak amat penting.
PROFESSOR DR ROSMIN TALIB, Universiti Teknologi Mara
Pengarah Akademi Kepolisian UiTM-PDRM.
Rata-rata ramai rakyat Malaysia kurang sedar bahawa persekitaran dan landskap memberi kesan kepada keselamatan termasuklah wargakerja kampus sendiri. Prof Rosmin akan membuka minda peserta tentang kesilapan yang berlaku di kampus dan bagaimana untuk membaiki keadaan ini.
Topik: Kesan Rekabentuk Persekitaran & Landskap Ke Atas Keselamatan Kampus

SITI SUBAIDAH ADIL
Vice President Asian Professional Security Association [Malaysia Chapter]
Managing Director Corporate Risk Consulting Sdn. Bhd
She is the
Past President and was Chairman of the Board of the World Association of
Detectives (WAD). Awarded the Association’s Norman J Sloan Award for
long and meritorious service to the investigation and security profession. Founder-Chairman of the Malaysia Chapter of ASIS International (American
Society for Industrial Security), Her international involvement and membership
included the Association of British Investigators (ABI), Intellenet, USA and
the Association of Certified Fraud Examiners, (ACFE) USA.
She has an extensive consultancy work in project management, security training, consultancy and troubleshooting experience and contributed significantly in her expertise, in the areas of financial and commercial investigation.
Topic: Security as a Management Function
She has an extensive consultancy work in project management, security training, consultancy and troubleshooting experience and contributed significantly in her expertise, in the areas of financial and commercial investigation.
Topic: Security as a Management Function
Pengarah Direktorat Operasi, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan [BSPP], Markas Angkatan Tentera Malaysia
Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana ATM mentadbir dan mengurus maklumat, aset dan keselamatan personel. Ia merupakan perkara yang sangat asas yang kurang diamalkan hari ini.
Topik: Asas Keselamatan
ROSLAN BIN WAHAB
Pengarah, Bahagian Pengurusan Angkatan, Jabatan Pertahanan Awam. Beliau adalah bekas Pengarah, Bahagian Markas dan Operasi di ibu pejabat JPAM. Mempunyai pengalaman menghadapi pelbagai bencana
ABDUL WAHAP BIN ABDUL HAMID
Pengarah Bahagian Visa, Pas dan permit, akan memberi gambaran senario perkembangan ancaman keselamatan hari ini dari aspek pendatang asing, kemasukan pelajar asing, pelancung samada yang sah atau tidak.
Akan memberi cadangan apakah langkah IPT yang paling ideal untuk membendung dan mengawal keadaan ini.
SAC WAN MOHAMAD BIN WAN ABDULLAH
Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah
dan
ASP FOO CHEK SONG
Pegawai SUKSIS Universiti Malaya
Isu asas yang dibentangkan ialah kerjasama antara semua IPT dan penggunaan pelbagai sumber serta pakar yang ada di setiap IPT. Senario ancaman keselamatan tidak penting kerana hanya dengan tindakan yang komprehensif dan holistik akan berupaya membenteras semua masalah dengan berkesan.
Topik: Keselamatan Kampus
PROF DR MUHAMAD BIN ZAKARIA
Pengarah Yayasan Warisan Melayu. Beliau adalah Pengarah beberapa anak syarikat Universiti Malaya dan berjaya menjana lebih dari 5 juta ringgit setahun untuk dana Universiti Malaya. Beliau juga seorang pakar penyelidik dalam perubatan tradisional Melayu dan kelapa sawit dan telah menghasilkan banyak produk yang dikomersialkan.
Masih berkhidmat dengan Universiti Malaya semenjak 1980 sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Ketua beberapa organisasi dalaman UM.
No comments:
Post a Comment