Thursday, 19 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Thursday, 12 December 2013
Wednesday, 11 December 2013
KELAINAN SEMINAR INI
Seminar ini bukan untuk keselamatan fizikal sahaja kerana aspek keselamatan menyentuh hampir semua aspek lain. Atau kata lain, bukan untuk staf keselamatan sahaja.
Aspek Persekitaran, Landskap dan Bangunan juga akan dipersembahkan oleh Prof Dr Rosmin dari UiTM. Kebaikan di sini ialah beliau juga adalah seorang 'Pegawai Polis' di UiTM. Beliau akan memberi pandangan dari perspektif seorang Perancang Bandar dan juga seorang 'Pegawai Polis'. Itu sebab kami jemput juga mereka dari 'pembangunan dan selenggaraan' kampus.
Timbalan Presiden APSA Malaysia Ms Siti Subaidah Adil akan memberi topik bertajuk 'Security as a Management Function'. Beliau adalah penceramah bertaraf antarabangsa, dan InsyaAllah akan berkongsi ilmu dan pengalaman beliau demi kebaikan semua dan tidak khusus untuk 'pengawal keselamatan' sahaja.
Wakil PDRM akan memberi senario keselamatan atas apa yang kita katakan sebagai 'non traditional threats'. Kita dah 'tak main' dengan isu curi motorsikal, curi telefon bimbit dan curi penutup longkang. Isu yang lebih rumit dari itu perlu diberi perhatian. Ia bukan lagi mainan di peringkat 'pengawal keselamatan'. Peserta perlu ambil perhatian dengan isu ini dan MESTI berkongsi maklumat ini dengan pihak Pengurusan masing-masing.
Kami masih lagi menerima menyertaan saat terakhir kerana ada yang bertanya, "Seminar ini khusus untuk orang dari keselamatan je ker?" Seminar ini terbuka untuk semua dari IPTA dan IPTS serta individu yang ada kaitan dengan keselamatan kampus, keselamatan staf, dan keselamatan pelajar.
Atas kekeliruan ini, mungkin silap kami juga, kami mohon maaf. Oleh itu kami buka penyertaan secara 'walk in'. Sehingga ini sudah ada 57 penyertaan dari IPTA dan IPTS termasuk juga organisasi lain. Wakil Universiti Malaysia Sabah dan Sarawak turut juga menyertai kita. Lebih dari 10 orang adalah dari IPTS.
Tuesday, 3 December 2013
Kebaikan Seminar
Seminar adalah satu platform untuk peserta berkenalan dengan peserta lain dan penceramah.
Kenalan baru adalah sumber tambahan untuk memberi pertolongan, idea, cadangan dan sumbangan. Silap-silap terjumpa sedara mara atau kawan lama.
Sesi ceramah, soal jawab dan perbincangan akan memberi paradigma baru [mungkin sedikit]. Pengalaman dan kemahiran kita semuanya berbeza. Gunakan peluang ini secara maksima demi kebaikan bersama.
Sekretariat akan berusaha menyediakan senarai peserta yang lengkap di mana setiap peserta boleh menguhubungi antara satu sam alain selepas itu.
Sila pakai kad nama yang disediakan sepanjang seminar untuk memudahkan perhubungan.
Sekretariat akan berusaha menyediakan senarai peserta yang lengkap di mana setiap peserta boleh menguhubungi antara satu sam alain selepas itu.
Sila pakai kad nama yang disediakan sepanjang seminar untuk memudahkan perhubungan.
Thursday, 21 November 2013
KEPERLUAN PENGANGKUTAN
Harap Maklum. Sekretariat akan menyediakan pengangkutan percuma LCCT ke Concorde Inn atau Sama Sama Hotel semasa tiba dan untuk balik semula ke LCCT selepas selesai seminar. Sila maklum awal [1] kekuatan dan [2] JMT/JMB
Lokasi kenderaan menunggu di LCCT dan jenis kenderaan akan dimaklumkan kemudian.
Lokasi kenderaan menunggu di LCCT dan jenis kenderaan akan dimaklumkan kemudian.
Tuesday, 12 November 2013
Hotel Berdekatan KLIA
Hotel Berdekatan KLIA
Sama-Sama Hotel [0 km]
Tune Hotel [18 km]
Concorde Inn [1.87 km]
Pengangkutan akan disediakan setiap hari dari Concorde Inn - Sama Sama Hotel
Subscribe to:
Posts (Atom)