Wednesday, 11 December 2013

KELAINAN SEMINAR INI

Seminar ini bukan untuk keselamatan fizikal sahaja kerana aspek keselamatan menyentuh hampir semua aspek lain. Atau kata lain, bukan untuk staf keselamatan sahaja.

Aspek Persekitaran, Landskap dan Bangunan juga akan dipersembahkan oleh Prof Dr Rosmin dari UiTM. Kebaikan di sini ialah beliau juga adalah seorang 'Pegawai Polis' di UiTM. Beliau akan memberi pandangan dari perspektif seorang Perancang Bandar dan juga seorang 'Pegawai Polis'. Itu sebab kami jemput juga mereka dari  'pembangunan dan selenggaraan'  kampus.

Timbalan Presiden APSA Malaysia Ms Siti Subaidah Adil akan memberi topik bertajuk 'Security as a Management Function'. Beliau adalah penceramah bertaraf antarabangsa, dan InsyaAllah akan berkongsi ilmu dan pengalaman beliau demi kebaikan semua dan tidak khusus untuk 'pengawal keselamatan' sahaja.

Wakil PDRM akan memberi senario keselamatan atas apa yang kita katakan sebagai 'non traditional threats'.  Kita dah 'tak main' dengan isu curi motorsikal, curi telefon bimbit dan curi penutup longkang. Isu yang lebih rumit dari itu perlu diberi perhatian. Ia bukan lagi mainan di peringkat 'pengawal keselamatan'. Peserta perlu ambil perhatian dengan isu ini dan MESTI berkongsi maklumat ini dengan pihak Pengurusan masing-masing.

Kami masih lagi menerima menyertaan saat terakhir kerana ada yang bertanya, "Seminar ini khusus untuk orang dari keselamatan je ker?" Seminar ini terbuka untuk semua dari IPTA dan IPTS serta individu yang ada kaitan dengan keselamatan kampus, keselamatan staf, dan keselamatan pelajar.

Atas kekeliruan ini, mungkin silap kami juga, kami mohon maaf. Oleh itu kami buka penyertaan secara 'walk in'. Sehingga ini sudah ada 57 penyertaan dari IPTA dan IPTS termasuk juga organisasi lain. Wakil Universiti Malaysia Sabah dan Sarawak turut juga menyertai kita. Lebih dari 10 orang adalah dari IPTS.      

No comments:

Post a Comment