Wednesday, 9 October 2013

Keselamatan Kampus

Kampus adalah sebahagian dari elemen masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Apa yang ada di luar kampus dan di dalamnya terjalin menjadi satu komuniti yang lebih unik. Kesan keunikan ini bermereng ke kanan atau kiri yang memberi maksud kesan positif atau pun negatif.

Kepada mereka yang bertanggungjawab atas aspek keselamatan, apa saja keadaan yang menjejaskan keharmonian atau kesejahteraan kampus, maka mereka akan bertindak menstabilkan semula keadaan.

Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab tentang keselamatan kampus? Sejauh mana tanggungjawab ini harus dipertanggungjawabkan. Apa pula peranan setiap individu tentang keselamatan kampus, keselamatan diri, harta dan sebagainya.

Di dalam Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus 2013 ini, beberapa penceramah akan menjelaskan senario keselamatan negara dan dari situ, peserta akan tahu apakah faktor yang perlu dimasukkan dalam panduan atau polisi keselamatan kampus yang lebih menyeluruh.

Sebelum itu, konsep keselamatan tidak harus dilihat dari aspek keselamatan fizikal. Kasarnya, ramai yang melihat kehadiran pengawal untuk mengawal pelawat, pelajar dan kelicinan trafik. Keselamatan amat luas dan ia menyentuh setiap aktiviti, individu, Jabatan dan organisasi.

No comments:

Post a Comment