Tujuan Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus 2013
1. Senario keselamatan serantau dan dalam negara semakin rumit dan sulit. Ia merangkumi pelbagai isu. Pada masa dulu semasa kawasan kampus tidak berapa luas dan bangunan tidak berapa banyak, pihak keselamatan banyak memberi tumpuan kepada 'keselamatan fizikal' sahaja.
2. Hari ini pengurusan IPT terpaksa memikirkan pelbagai isu yang timbul. Ini termasuk isu salah guna visa, ektremis politik, ekstremis ugama, dadah, sosial dan bermacam lagi.
3. Bagi 'kampus tua' pula, terdapat beberapa bangunan bersejarah yang berisiko terbakar atau menjadi sasaran sabotaj.
4. Kampus yang selamat adalah satu keutamaan jika hendak dikaitkan dengan imej IPT dan imej yang baik akan menarik lebih ramai pelajar. Imej yang baik adalah kriteria pemilihan pelajar dari luar negara. Pendidikan juga merupakan penyumbang yang tidak kurang penting bagi ekonomi negara.
5. Pada hari kedua akan diadakan satu bengkel pendek di mana peserta berpeluang mengutarakan ide-ide yang bernas tentang isi kandungan polisi atau panduan keselamatan kampus yang paling menyeluruh.
Jemputan : IPTA & IPTS
Wakil : Staf Pengurusan, Staf Pembangunan, Staf Keselamatan
No comments:
Post a Comment